10 Soalan Bersama Sabrina Beneett

10 Soalan Bersama Sabrina Beneett

Sabrina Bennet
 
Dinobatkan sebagai Ratu Cantik Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett terus mewakili negara di pentas Ratu Cantik antarabangsa. Januari lalu di Doral-Miami, Amerika Syarikat, Sabrina akui pengalaman yang berbalut indah itu tidak mudah seperti yang dilihat. Lalu, gadis berkulit hitam manis kelahiran Perak ini gigih memperkasakan diri dengan persiapan dalaman dan luaran jauh lebih awal.
 
1. Memilih untuk menari atau menyanyi?
Tidak bisa memilih kerana keduanya adalah cara saya menyuarakan diri sepenuhnya tanpa perlu mengucapkan kata.
 
2. Tangan atau kaki?
Tangan kerana punya bahasa yang kukuh lantas menzahirkan sentuhan dengan penuh perasaan.
 
3. Kualiti yang ada pada diri?
Berpegang pada nilai-nilai moral dan menggenggam erat matlamat terus pantang menyerah terhadap realiti dan kehidupan.
 
4. Cabaran terbesar buat belia hari ini…
Kerja dan keseimbangan hidup.
 
5. Selebriti yang mahu dijemput ke majlis makan peribadi?
Hrithik Roshan! Pesonanya di layar perak, senyumannya di kaca televisyen sudah cukup membuatkan saya gilakannya.
 
6. Sukses…
Meninggalkan legasi yang kukuh lantas dikenang kerana sumbangan yang dihulurkan buat insan yang memerlukan. Juga menjadi seorang ibu dan isteri kepada sebuah keluarga bahagia.
 
7. Hidup anda dalam satu ayat?
Succeed by the road less taken.
 
8. Hari yang sempurna…
Teh hijau, muzik yang mendamaikan dan ditemani teman-teman rapat.
 
9. Waktu yang indah…
Waktu petang kala matahari bersembunyi di balik awan dan angin kuat menerjang.
 
10. Memori terindah zaman kanak-kanak?
Membantu ayah di ladang, dapat bermain dengan haiwan ternakan dan belajar erti hidup dengan cara yang agak mencabar.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Jun 2015
 
 

See also
Datuk Rossa Obses Membeli Rumah