10 Soalan Bersama Ras Adiba Radzi

10 Soalan Bersama Ras Adiba Radzi

Ras Adiba
 
Namanya sudah tidak asing lagi dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan tanah air. Lumpuh separuh badan bukan alasan untuk tidak kembali dan bergiat aktif. Tangannya masih mampu melakukan segalanya. Ras Adiba Radzi seorang yang realistik dan menerima ujian takdir dengan tabah. Dia kini hadir lebih optimis mencari kekuatan untuk terus bangkit menjadi suara kepada PERWIRA K9. Malaysia.
 
1. Perkembangan terkini?
Membesarkan dua cahaya mata dan masih aktif sebagai pembaca berita di NTV7.
 
2. Hari yang sempurna adalah…
Bila tiada tugasan. Kebiasaannya hanya akan duduk di hadapan televisyen dan menonton program-program antarabangsa bertujuan untuk melihat cara penyampaian mereka.
 
3. Gaya peribadi anda…
Sering menyarung turtleneck kerana kini saya tampil dengan imej bertudung. Saya juga suka berpakaian sukan kerana tugas harian menuntut saya untuk bergerak bebas.
 
4. Pandangan mengenai suasana fesyen semasa tanah air…
Percambahan pereka baru menyemarakkan lagi senario fesyen tempatan. Besides, most of the high-end luxury brands are here in Kuala Lumpur and it is good.
 
5. Momen terbaik?
Ketika disahkan lumpuh separuh badan, saya tidak lagi berpeluang membaca berita. Sememangnya saya tidak berputus asa untuk mengharungi cabaran kehidupan seperti seorang insan normal. Segalanya berubah bila saya dipanggil semula ke bilik berita oleh NTV7 pada 2008.
 
6. Inspirasi positif?
Live every single day of your life like there is no tomorrow!
 
7. Nasihat buat yang ingin berjaya dalam bidang penyiaran?
Harus ada daya keyakinan tinggi dan tabah! We need to learn things from scratch and have faith!
 
8. Panduan untuk gaya hidup aktif?
Amalkan diet seimbang. Replenish your body with the right vitamins and supplements.
 
9. Apa yang wanita perlukan?
Rasa percaya dan tiada yang mustahil bagi yang berusaha keras.
 
10. Mantra hidup?
Sememangnya sembahyang itu penting untuk kecergasan fizikal, mental dan spiritual tanpa mengira agama atau bangsa.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Jun 2014
 
 

See also
Powder Room Confidential at Most GLAM 2016!