10 Soalan Bersama Puan Sri Datin Sri Utama Nooriah Anna Razak
Gambar: Arkib GLAM
Menjawat jawatan selaku Pengarah Eksekutif Seri Meraga Properties Sdn.Bhd, Anna Razak juga adalah Pengerusi Yayasan Amal Wangsa; badan amal yang ditubuhkan suaminya, Tan Sri Zulhasnan Rafique sejak 2001. Usaha yayasan ini adalah bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.Kini Anna Razak sibuk melayan cucu pertamanya, Wan Mikail Zulhasnan sebagai penghibur hatinya.
1. Harapan pada wanita Malaysia?
Wanita di Malaysia terus membangun seiring dengan pembangunan negara.
2. Ikon anda?
Ibu saya. Pengorbanan ibu membesarkan kami tiga beradik, dan memahami serta menghormati tanggungjawab arwah ayah sebagai tentera dulu, sekaligus menebarkan rasa bahagia walaupun kami hidup sederhana.
3. Nasihat paling bernilai?
Daripada ibu bapa saya. Kata mereka, setiap dugaan yang menimpa diri manusia, khususnya wanita bagaikan satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan, kesabaran dan kecekalan menghadapi liku hidup.
4. Politik adalah?
Satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul, dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin kerana ianya bukan sahaja melibatkan kami sekeluarga, tetapi juga rakyat dan negara.
Memperjuangkan nasib golongan kurang bernasib baik, terutama ibu-ibu tunggal, fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan saudara baru Islam.
6. Perkara yang ditakuti?
Keselamatan saya sekeluarga, masa depan anak-anak dan juga masa depan rakyat.
7. Percutian terindah?
Kenangan dan perkongsian masa bersama suami, anak-anak dan cucu menjadikan setiap percutian kami menjadi terindah.
8. Perasaan menjadi nenek?
Inilah salah satu rahmat terbesar kurniaan Allah SWT. Gelagat cucu seringkali mencuit hati saya!
9. Handal memasak?
Itu perlu tanya suami dan anak-anak saya.
10. Item yang paling penting?
Beg! Kerana 70 peratus daripada keperluan harian saya berada di dalamnya.