10 Soalan Bersama Melinda Looi

10 Soalan Bersama Melinda Looi

Melinda Looi1
 
Graduan La Salle School of Fashion di Kanada, Melinda Looi, pereka fesyen tempatan terkemuka ini pernah menyertai kumpulan produksi pentas di Malaysia dan produksi televisyen juga filem di Kanada. Selain menebarkan minatnya dalam mereka kostum, dia giat berkolaborasi bersama pemuzik, dalam seni juga reka pentas, seni reka grafik, periklanan juga perhubungan awam. Melinda Looi mendapat inspirasi seni daripada muzik Bjork, angan-angan dunia fantasi, nikmat alam semulajadi dan juga keindahan budaya yang terdapat di seluruh dunia.
 
1. Prinsip Hidup…
Paling penting saya tanamkan di dalam diri ini ialah kita harus sentiasa merendah diri dalam setiap apa yang kita lakukan.
 
2. Kualiti lelaki yang terbaik?
Dia perlu memiliki nilai “TLC” iaitu tender, loving and caring.
 
3. Impian yang menggembirakan…
Tiada yang lebih menyenangkan hati saya daripada melihat umat manusia di muka bumi ini hidup di dalam keadaan yang cukup selesa lagi tenang.
 
4. Negara yang ingin didiami?
Saya tidak kisah untuk menetap di mana-mana sahaja namun saya sering mengimpikan untuk memiliki kediaman yang menghadap pantai manakala di kawasan belakang rumah pula dihiasi dengan halaman hijau yang sangat menenangkan.
 
5. Hero anda?
Tiada yang lain dan tidak asing lagi di dalam diri ini, sudah tentu Simonetta Mariano! Dia seorang guru, mentor juga kakak yang memberi inspirasi kepada saya!
 
6. I am…
A perfectionist!
 
7. Wanita paling hebat di mata saya…
Nenek saya adalah yang terbaik.
 
8. Bunga kegemaran…
Peony.
 
9. Current state of mind?
Saya hanya mahu luangkan masa untuk tidur yang sempurna.
 
10. Mati itu sudah tentu pasti…
Saya impikan ribuan mawar putih serta jejaka-jejaka tampan mengelilingi saya namun itu tidak mungkin! Saya hanyalah bergurau! Tetapi jika takdir sudah ditentukan, saya ingin kesemua ahli keluarga hadir untuk hari itu.
 
 

See also
Kenali Narisa Soraya