10 Soalan Bersama Dayang Nurfaizah
Keunggulan vokalnya tiada bandingan. Dia diangkat sebagai Ratu R&B dan Soul tanah air. Sudah 15 tahun lamanya legasi seni kelahiran Petra Jaya, Kuching Sarawak ini terus bertahan diri dalam arena seni suara tempatan. Wanita ini milik rakyat! Ternyata Dayang Nurfaizah punya kelas yang tersendiri dengan pencapaian yang diraih sepanjang hidupnya bergelar anak seni. Kala lagu Di Pintu Syurga masih mendominasi dan membuat perasaan peminatnya, wanita ini terus melangkah dengan single, Tak Pernah Menyerah.
1. Gambarkan Borneo dalam lima perkataan ?
Vast, vibrant, cultural, pristine and home
2. Yang luar biasa mengenai Borneo?
Kepelbagaian masyarakat yang berbilang kaum, juga kaya suku budaya dan tradisi yang cukup unik.
3. Mitos kegemaran di bumi kenyalang?
Sudah tentunya kisah legnda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.
4. Yang dibanggakan dari kampung halaman?
Oh, apa lagi kalau bukan laksa Sarawak! Aromanya sahaja sudah cukup membuatkan saya kecur.
5. Pengembaraan kegemaran anda?
Going home to Kuching! Pulang menziarahi sanak saudara adalah momen terindah kerana tiada anugerah yang hebat selain kurniaan sebuah keluarga bahagia.
6. Greatest fear?
Apabila kehilangan suara dan tidak lagi boleh menyanyi. Sara rasa ini adalah perkara yang paling ditakuti semua penyanyi.
7. Kalau bukan bergelar anak seni?
Something that I really don’t have the answer… kerana saya telah mula menyanyi sejak di usia muda lagi.
8. Hero fiksyen kegemaran?
Dari kartun futuristik 80-an! Jem and The Holograms
9. Wirawan sejarah kegemaran?
Temenggong Jugah wira terangung! Dikagumi kerana punya wawasan yang jauh dan realistik biarpun tidak pernah mengikuti pendidikan formal.
10. Impian dalam kebahagiaan…
Coretan impian sebuah kebahagiaan itu masih lagi dicari-cari kerana ada darinya masih lagi tersembunyi.