10 Soalan Bersama Datuk Yasmin Yusuff

10 Soalan Bersama Datuk Yasmin Yusuff

Yasmin YusuffGambar: Arkib GLAM

 
Wanita jelita ini pernah mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe di Acapulco, Mexico pada 1978. Obsesinya mengemudi radio tempatan dan majlis berprestij bertaraf antarabangsa berjaya mengangkat Datuk Yasmin Yusuff sebagai personaliti disegani.
 
1. Quote kegemaran?
When you’re at the bottom, there is only one way to go… and that’s up!
 
2. Bagaimana hari anda bermula dan berakhir?
Menghadiri mesyuarat, mengacarakan majlis, voiceover recording selama 15 minit sehingga tiga jam. Makan tengah hari bersama teman dan menulis skrip pada waktu malam.
 
3. Era fesyen kegemaran?
Semestinya era glamor 50-an. Saya suka gaya solekannya!
 
4. Sentiasa teruja…
Untuk kembali on air dan berhubung dengan pendengar. If I can’t find a job on radio I may try online broadcasting.
 
5. Sumber inspirasi?
Ibu bapa! Dikelilingi rakan yang rajin bekerja dan berjaya. I can only educate based on what I have learned and from my experiences in life.
 
6. Nasihat kepada teman yang ingin berumahtangga?
Ungkapkan kata cinta dan berkali-kali setiap hari. Ikatan perkahwinan ialah perkongsian hidup kerana ia bukan pertandingan ataupun a power struggle.
 
7. Cinta teragung?
Keluarga dan suami tercinta!
 
8. Jika mampu mengembalikan masa lalu?
I try not to have regrets. Belajar dari kesilapan dan memahami keadaan dan perbaiki. Haha… and perhaps I should have stayed with Radio 4!
 
9. Siapakah yang bakal dijemput untuk makan malam idaman?
Pasangan Beckham, Obama, selebriti seperti Benedict Cumberbatch, Zinedine Zidane dan Ellen DeGeneres.
 
10. Biggest personal fashion faux pas?
Saya bukan fashion follower dan gaya peribadi lebih terarah pada stail yang laidback. I mean I would wear Mikimoto pearls with jeans… and I have!
 
 

See also
Oktober 2019 Menampilkan Fazura Sebagai Wajah GLAM