10 Soalan Bersama Datin Nadia Datuk Mustaffa

10 Soalan Bersama Datin Nadia Datuk Mustaffa

Datin Nadia Datuk Mustaffa
 
Datin Nadia Datuk Mustaffa, bergelar suri rumah sepenuh masa. Hari-harinya didedikasikan khas buat suami, Dato Hazali dan anak-anaknya, Julia Ariana, 13, dan Sara Ariana, 11. Ia menjadi suatu kepuasan dan kesempurnaan bagi dirinya. Waktu terluang sahaja mereka sekeluarga pasti akan mengembara ke seluruh pelosok dunia. Nadia juga amat meminati fesyen.
 
1. Momen paling bahagia?
Saat disatukan dengan cinta hati saya, Dato Hazali dan dikurniakan cahaya mata! Tiada yang lebih bahagia apabila memiliki keluarga sendiri. Saya bersyukur ke hadrat Illahi di atas segala yang saya miliki.
 
2. Idola anda?
Tentulah ibu saya. She can do everything! Ibu banyak mengajar saya untuk mendidik anak dengan sempurna. Betapa besar pengorbanan seorang ibu!
 
3. Greatest fear?
Oh… saya memang takutkan kucing! Meow! Kalau ada kucing yang menghampiri saya, mulalah saya menjerit dan berlari. Hahaha.
 
4. Item paling penting?
Banyak sebenarnya. Tapi kalau diberi satu pilihan, telefon bimbit lah ‘nyawa’ saya.
 
5. Guru kesayangan?
Encik Rashid, the coolest English teacher!
 
6. Lelaki adalah?
Khalifah Allah juga pemimpin dan pelindung bagi wanita. Mereka juga berkeperibadian tinggi. Setiap wanita memerlukan suami untuk membimbing mereka.
 
7. Karekter anda?
Diri ini berbintang Taurus. Saya suka berdikari dan gigih dalam sesuatu pekerjaan dan amat penyabar orangnya. Saya juga tidak mudah menyerah kalah!
 
8. Harapan pada Malaysia?
Didoakan agar negara kita senantiasa aman dan makmur. Dan paling penting kekalkan perpaduan sesama kaum.
 
9. Solekan ringkas?
Cukup dengan calitan maskara dan pengilat bibir, and I’m ready to go!
 
10. Aktres tercantik?
Tiada siapa setanding Angelina Jolie. Cantik dan ada karisma!
 
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM November 2015
 
 

See also
Thanuja: "Usia Hubungan Saya Dan Seorang Jejaka Kini Mencecah Sembilan Tahun"