10 Soalan Bersama Datin Ira Ghani

10 Soalan Bersama Datin Ira Ghani

10351762_10203631356236942_7509112376214352972_n (1)
 
Wanita asal Perak ini mempercayai aura dan kecantikan punya ikatan yang amat erat sekali. Bagaikan api dengan asap, keduanya tidak dapat dipisahkan. Datin Nor Zaina Ghani atau lebih dikenali sebagai Datin Ira Ghani punya kelulusan dalam jurusan kecantikan. Merupakan pengasas produk kecantikan, Aura Seri yang kian teguh berdiri.
 
1. Kemewahan adalah…
subjektif, ia merangkumi segala aspek. Kesihatan juga satu bentuk kemewahan yang perlu kita hargai. Jika wang ringgit bergunung tinggi tetapi kesihatan mental fizikal, mahupun spiritual terabai, kemewahan yang dimiliki tidak akan bermakna.
 
2. Kembara percutian terhebat?
Sewaktu menjejakkan kaki menyusuri peninggalan sejarah bumi Anbiya, Turki.
 
3. Destinasi membeli belah kegemaran?
Sememangnya London merupakan salah satu destinasi kegemaran tetapi sering ke Hong Kong kerana lebih dekat.
 
4. Item terbaru dalam koleksi?
Beg tangan Chanel classic rona hitam dan aprikot pemberian suami tercinta!
 
5. Gaya peribadi…
Lebih sukakan gaya santai kerana keselesaan itu penting tetapi harus membias aura elegan.
 
6. Item penting dalam gerobok buat wanita seusia anda?
Himpunan dress hitam perlu ada dalam gerobok kerana mudah untuk disuai padan dengan aksesori, beg tangan mahupun kasut. Kaca mata hitam juga perlu buat pelengkap gaya!
 
7. Cita-cita sewaktu di bangku sekolah?
Mahu menjadi polis kerana saya lasak orangnya. Does it make sense?
 
8. Jika dikurniakan superpower…
Saya ingin membela hak setiap wanita kerana masih ramai yang sangsi dengan nasib dan keyakinan pada diri sendiri.
 
9. Mantra hidup?
Percaya pada diri dan ingat bahawa segala masalah ada jalan penyelesaiannya. Bagi saya masalah itu baik kerana ia dapat menambahkan pengalaman kita.
 
10. Tiga item penting yang mesti dibawa?
Semestinya telefon bimbit, bertindak sebagai cermin juga untuk selfie! Gincu dan gula-gula getah.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi November 2014
 
 

See also
10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi