Kilauan Syawal Mengusik Gaya Mewah - Glam Malaysia
Momen hari raya yang saya tidak dapat lupakan tentulah pada zaman kanak-kanak. Saya tinggal di berek polis, ramai kawan-kawan dan kami akan keluar beraya bersama-sama. Zaman kanak-kanak tentulah selalu dapat kumpul banyak duit raya, puas berjalan sekeliling kampung dan tentunya kemeriahan lebih terasa.
Tip bergaya pada hari raya pertama jika mengikut trend sekarang ialah berpakaian warna sedondon dengan ahli keluarga. Bila bergambar kenangan di pagi raya, nampak cantik dan menandakan kesepakatan satu keluarga.
Anggun, berseri, unik
Saya akan memadankan koleksi raya Swarovski dengan pakaian atau penampilan saya, terutama dari segi warna pakaian dan warna koleksi.
Syawal 2022 tentunya lebih meriah kerana anak-anak semakin membesar dan apa yang penting kami sekeluarga dapat beraya, menziarah bersama-sama dan sangat berharap agar situasi syawal tahun ini dalam suasana endemik membuka kembali ruang bertemu tetapi masih menjaga SOP.
Left
Right
Left
Right