NOSTALGIA BERSAMA CHANEL
#GLAMLOVESCHANEL
Untuk meraikan pembukaan butik Chanel tanggal 19 November ini, GLAM membawa kembali wanita-wanita GLAM Societe yang menggemari jenama ikonik ini untuk meluahkan rasa cinta mereka terhadap Chanel.
“Chanel terkenal dengan dress hitam ikonik dan menyarungkan dress ini buat GLAM adalah momen penting dalam kerjaya peragaan saya.”
RITA NADIRA
“Nuansa eksotik Marrakech dapat dirasai melalui pengembaraan Chanel yang sarat warna dan lokasi indah.”
GWEN LU
“Sebagai model fesyen, menyarungkan koleksi Chanel di muka hadapan majalah terkemuka tanah air diibaratkan seperti memenangi Anugerah Grammy!”
ZAHNITA WILSON
“Pastinya suatu kehormatan untuk menyarungkan adi busana berprestij Chanel ini yang menjulang sensasi kemodenan dan kemerdekaan bagi wanita.”
TINIE
“Jaket kulit dan but berkilat ini cool, fun dan kena dengan stail saya! I am so blessed setiap kali beraksi buat lembaran fesyen Chanel eksklusif buat GLAM.”
ALICIA AMIN
“Chanel adalah contoh terbaik yang mana kita tidak perlu berada di semua tempat untuk kekal relevan dan You don’t even need to shout loudly for what you do. Jika hasil kerjanya sudah bagus, it will speak for you.”
FAZURA
“Tiada kata yang dapat diucapkan apabila menjadi bintang buat majalah fesyen paling progresif di Malaysia dan berbaju Chanel! Serta dapat menzahirkan apa pendirian Coco Chanel buat wanita adalah priceless. It was such a dream. In fact is was The dream!”
NORA KHALID
“Chanel menghembus definisi sebenar feminity. Saban tahun pertunjukan pentasnya menjadi acara terpenting dalam kalendar fesyen antarabangsa. Dan menggayakan jenama ikonik ini pastinya menjadi idaman buat setiap wanita termasuk saya.”