ZIANA ZAIN - Glam Malaysia

ZIANA ZAIN

Seorang penyanyi gemerlapan dengan lirik yang melankolia dan vokal bernada tinggi, tidak asing lagi di persada seni. Sekali lagi memberi gegaran dan mencipta sejarah, Ziana Zain sebagai wajah Most GLAM 2019, dengan mengenakan busana rekaan pereka fesyen tanah air. Ziana berkongsi tentang zaman fesyen yang banyak memberi inspirasi kepadanya, iaitu pada zaman 40-an dan 50-an, kerana ciptaan siluet berbentuk jam pasir dengan butir-butir maskulin yang sememangnya menarik perhatian Ziana. Penyanyi hebat ini juga berkongsi tentang penyanyi lain yang menjadi kepujaan hatinya seperti Whitney Houston dan Jennifer Lopez. Pendapatnya pada dunia fesyen, Ziana akui ia sebuah topik yang meluas tetapi jika Ziana perlu memilih satu pereka atau jenama, tentu sekali Versace. “It’s always so classic, because it’s Vercase,” kata Ziana yang mengikuti perkembangan fesyen Versace sama ada yang lebih kasual atau couture!