ZAIREEN ISKANDAR - Glam Malaysia
ZAIREEN ISKANDAR

ZAIREEN ISKANDAR

Pemuja barang kemas, Zaireen Iskandar, 40, berkenalan dengan jenamanya, ‘Kin adalah jenama barang kemas berkonsepkan demi-fine yang menjulang elemen edgy, sofistikated, dan rasa eklektik pada April 2018. Zaireen Iskandar yang berdarah campuran Melayu-Scotland, mendukung ‘KIN Jewellery atau nama platform sosialnya Jewellery by Kin bersama Athiya Hamid. Kedua wanita ini merupakan teman sekerja sewaktu mereka berdua memerankan peranan masing-masing di firma pengiklanan. “Demi-fine adalah himpunan barang kemas yang tergolong dalam ‘affordable luxury’. Senang kata, berpunya tag harga yang berpatutan dan ianya digarap dari material yang berkualiti tinggi. Barang kemas demi-fine kami merangkumi himpunan Perak 925 bersalut emas kuning Vermeil 14k atau 18k, Emas Merah Vermeil 18k dan Rhodium,” terang Zaireen.

Pautan berkaitan: GLAM Profil: Juita Jauhari