GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

ZAHIDA RAFIK

Personaliti layar perak yang dahulu menyinari mata peminat dengan lakonan manja nya dalam filem anak mami kembali kini tampak lebih anggun dan matang  sementelah usia nya menjengah 42 tahun. Beliau diantara barisan A-List yang ditunggu-tunggu kemunculan di majlis-majlis di ibu kota, pasti penampilannya tidak pernah menghampakan dengan persalinan adibusana dan tas tangan mewahnya. Zahida mempunyai cita rasa yang tinggi dalam soal berfesyen malah turut diundang menghadiri minggu fesyen di luar negara bagi jenama mewah seperti Chanel., Menepis kontroversi yang sedia ada, keserlahan Zahida lebih bersinar dari biasa dengan ready to go appearance nya yang sempurna cantik. Beliau menitik beratkan rutin fitnessnya, dipantau oleh personel trainer  bagi mendapatkan badan toned dan ideal seperti sekarang.