GLAM Societé YM Tengku Shaheera

YM TENGKU SHAHEERA

YM Tengku Shaheera, anak perempuan kepada Almarhum Tengku Abdullah ibni Sultan Abu Bakar, mengikuti jejak ayahandanya yang merupakan seorang dermawan. Setelah kehilangan ayahanda pada 2018, Tengku Shaheera bersama abangnya, Tengku Abu Bakar, menubuhkan Yayasan Tengku Abdullah (YTA) pada 2021 untuk meneruskan legasi amal yang telah dilakukan oleh Almarhum ayahanda, terutama dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Tengku Shaheera mempunyai pengalaman berada di London sejak usia 16 tahun, dimana membantunya membina kemahiran bersosial dan memahami perbezaan bangsa, budaya, dan agama. Setelah menamatkan pengajian dalam pengurusan perniagaan dan reka bentuk dalaman, beliau kembali ke Malaysia dan meneruskan usaha amal melalui YTA. Visi jangka panjang YTA adalah untuk membantu masyarakat dari pelbagai latar belakang, dengan memberi fokus kepada golongan yang memerlukan bantuan, termasuk rumah anak yatim, ibu tunggal, keluarga B40, dan pelajar yang kurang berkemampuan.

Tengku Shaheera sangat bersemangat dalam melaksanakan kerja amal dan sering berkongsi perancangan YTA untuk memberikan bantuan kepada masyarakat. Beliau menganggap ayahanda sebagai sumber inspirasi utama, mencontohi nilai-nilai seperti adab, selera berfesyen, dan cara hidup yang ditinggalkan oleh Almarhum. Tengku Shaheera berharap YTA dapat dikenali lebih luas dan terus membantu lebih ramai individu yang memerlukan bantuan, serta mempelajari lebih banyak dari mereka yang berpengalaman dalam bidang kerja amal.

See also
Oktober 2019 Menampilkan Fazura Sebagai Wajah GLAM

Artikel Berkaitan: An Audience With Tengku Shaheera