YM Tengku Munazirah Binti Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj, 31, memiliki darah diraja Selangor daripada bapanya YAM Tengku Panglima Besar Selangor Brig Jen (Kehormat) Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj manakala kerabat Negeri Sembilan daripada bonda Al-Marhumah YM Hajjah Tunku Abdiyah binti Al-Marhum Tunku Dato Seri Adnan. Beliau memiliki sebuah perusahaan sosial, The Hope Factory Malaysia yang aktif menjalankan aktiviti sosial yang merangkumi rawatan perubatan, perlindungan kanak-kanak, pendidikan, pencegahan wabak kebuluran serta kesedaran akan hak-hak haiwan kepada orang ramai. Tengku Munazirah juga aktif membantu pelarian Rohingya di Human Aid Selangor.