YAYA ZAHIR - Glam Malaysia

YAYA ZAHIR

Yaya Zahir, percaya glamor adalah autentik – sesuatu yang tidak boleh digapai begitu sahaja, kerana glamor terbentuk dalam karakteristik seseorang yang powerful dan elegan. Baru sahaja mendirikan rumah tangga awal Ogos lalu bersama juruterbang,
Arriz Azim, Yaya mengangkat Scha Alyahya sebagai ikon glamor. Yaya menzahirkan bakat sebagai pengacara, penerbit, pelakon dan duta jenama menganggap definisi glamor dulu dan kini tidak pernah berbeza, “Glamor cukup berkuasa sehinggakan perubahan masa tidak mampu mengubahnya.” Sekarang Yaya sedang fokus membina label fesyen dan kecantikkan, Asly yang bernadikan pop streetwear, selepas dia sendiri banyak mewakili Malaysia untuk produk – produk
antarabangsa antaranya Vans, Chanel, Longchamp, Kiehl’s dan Urban Decay. Apabila disoal mengenai kredibiliti pereka dengan estetika glamor jawabnya, “Louis Vuitton. Setiap item penggayaan jenama ini simbolisme glam sebenar.”