YBhg. Datin Vivy sofinas Yusof bermula dari blogger fesyen yang mengubah hidupnya menjadi seorang usahawan Berjaya malah menempah nama di persada dunia melalui pengusahaan perniagaan e-dagang dunia fesyen FashionValet dan empayar tudungnya The dUCK Group. Vivi Yusof mempunyai darah kacukan Melayu- Cina. Merupakan graduan undang-undang dari London School of Economics (LSE). Terbaru, beliau tersenarai sebagai seorang belia berjaya oleh Forbes Asia di bawah 30 tahun dalam peruncitan dan e-dagang selain dari Neelofa.Pelbagai anugerah diunguli olehnya Tokoh Wanita 2016 dalam kategori Ahli Perniagaan Muda sempena Anugerah Tribute to Women Malaysia 2016 dan dijulang sebagai Ikon tahun 2015 oleh Puteri UMNO. Personaliti TV ini juga mempunyai rancangan realiti menerusi saluran Astro Ria iaitu Love, Vivy yang mendapat sambutan hangat penonton.