GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

THANUJA ANATHAN

Miss Malaysia World Thanuja Anathan merupakan orang yang ringkas, mudah didekati dan seorang yang cukup ceria. Menggalas kerjaya sebagai model professional, hos TV, pelakon juga Duta Hak Asasi Haiwan Malaysia (PETA), Thanuja atau lebih mesra dengan panggilan Thanu, membuka bicara bagaimana mahkota kejayaan menjadi miliknya. “Segalanya bermula apakala ibu membuka televisyen untuk menarik perhatian adik kembar dan saya daripada mengganggunya di dapur. Secara kebetulan, rancangan Miss Malaysia World sedang di paparkan dan kami berdua terus melekat di hadapan kaca televisyen. Sejak itu, ia menjadi tontonan tahunan keluarga!” Biarpun masih kecil tatkala itu, Thanu sudah menyimpan hasrat mewakili negara sebagai ratu di pentas dunia.