GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

TENGKU CHANELA JAMIDAH

Pengarah kepada jenama CEKL juga Thavia, juga ibu kepada tiga cahaya mata ini bijak menguruskan masa walaupun diri begitu sibuk. Menggambarkan dirinya seorang yang gemar bergaya sakan tiap kali bercuti. Baginya, ketika itulah dia akan membeli-belah hanya untuk bergaya di lokasi percutian. Fesyen baginya adalah satu intrepretasi yang senantiasa berubah. Dicipta oleh satu kelompok industri kreatif yang ada pengikutnya tersendiri. Bidang ini cukup menyeronokkan dan bergerak pantas. Jika terlambat sudah tentu terlepas peluang untuk membuat statement. Katanya lagi, fashion is human creative expression based on the mood and zone they are in at the particular moment. Fashion is in your face. Tengku Chanela Jamidah kini melangkah setapak lagi dengan menekuni dunia kosmetik dengan jenama DIDA!  Meletakkan Victoria Beckham dan Christine Centenara sebagai ikon style. Kerabat Pahang secantik Tengku Jamidah.