GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

SCHA AL-YAHYA

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya atau nama glamournya Scha Al-Yahya seorang pelakon, pengacara juga menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.It-Girl ini sememang handal dalam bab fesyen from top to the toe serba lengkap malah menjadi ikutan lebih 3.9 juta pengikut di akaun instagram miliknya.Beliau menjadikan Queen Rania dan Grace Kelly sebagai ikon fesyen nya juga amat mengemari jenama antarabangsa seperti Stella McCartney, Ellie Saab dan Giambattista Valli. Duta kepada Yakult, Johnson & Johnson, Dutch Lady, Downy dan Rexona ini semakin giat dengan langkah perniagaannya sendiri dari keluaran haruman sendiri Maroon by Scha Alyahya, beliau kini telah membuka butik di Jakel untuk himpunan baju ready to wear dengan kolaborasi Jakel atas label Schawal Store . Personaliti ini juga aktif dalam CSR ( Corporate Social Responsibility) bersama KFC dalam memberi makan pada gelandangan di sekitar ibu kota. Empayar keluarga Scha seperti punya tarikan magnet pada media sosial, Awal Ashaari dan Lara Alana  bukan lagi nama asing kerana suami dan anaknya ini turut menjadi figura tatkala berfesyen

See also
FASHA SANDHA