Dari dunia perbankan ke pengurusan asset, kini Rozita Ajmain, Pengarah di Victoria Capital ini memecut laju menongkah segala selok belok pengurusan aset. Wanita korporat ini menepis persepsi double standard sesetengah orang ramai yang lebih suka berurusan dengan lelaki berbanding wanita. Lulusan jurusan ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini punya kebijaksaannya dalam dunia pengurusan aset menjadi inspirasi banyak mata yang memerhati. Visionary, independent, determination jelas timbul karakter wanita tinggi lampai ini pabila akan bekerja keras mengatur strategi memastikan apa di usahakan berhasil. Selesa dengan penampilan tidak terlalu feminin, Rozita punya selera tinggi terhadap jam tangan. Antara jenama yang dikumpul adalah Roger Dubuis, Rolex dan Richard Mille.