GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

RAJA NADIA SABRINA

Seorang lawyer yang aktif dalam blogging dan memulakan menulis blog, Raja Nadia Sabrina dilihat sebagai influencer di arena penulisan blog miliknya, yang mendapat pautan sehingga 7juta views seluruh dunia di rnadiasabrina.blogspot.com dan kini www.rnadia.com. Titik permulaan dek kerana hobi nya yang suka kongsi tips akan cara memakai hijab dan #OOTD di blognya namun kini beliau telah membina empayar jenama fesyen, AERE yang mengenegahkan ceraian versatil dengan zip dan butang sebagai perincian utama. Produk yang ditawarkan AERE ini buat wanita yang punya rasa feminism aktif dan bersemangat.