GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

NORA DANISH

Pelakon ibu tunggal kepada seorang anak, Nora Danish masih boleh menjaga kecantikan wajah dengan jadual penggambaran dan juga tugas sebagai seorang ibu. Nora Danish hadir dalam persalinan ringkas. Seluar denim dan baju-T serta beg Chanel dibiarkan tersilang atas bahu. Bukan kali pertama wanita genit ini menghiasi kulit majalah GLAM. Nora Danish kini lebih matang menyusun langkah dan merancang untuk membina empayar perniagaan keluarga dalam dunia kecantikan.