Sosialit yang dilahirkan di Kota London, dibesarkan di Sabah dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. Natasha Ozeir kini bergelar usahawan hub produk kecantikan halal PrettySuci hasil gandingan bersama YM Tunku Datuk Kaiyisah. Cucu kepada Tan Sri Datuk Seri Harris Salleh ini bijak dalam mengatur langkah dan meletakkan Hub Kecantikkan ini sebagai platform untuk lebih maju.Minatnya yang mendalam terhadap kecantikan membuahkan idea bagi melahirkan hub yang memudahkan pencarian buat pengguna jenama produk kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti dan kreatif.