Pelakon, model, pengecara televisyen dan juru cakap, Lisa Surihani menegaskan bahawa Glamour bukanlah hanya sekadar memiliki atau memakai barangan yang berjenama semata-mata, “If you’re a lady, act like one!” katanya. Seorang wanita yang glamor haruslah tahu tata tertib dan kelakuannya haruslah beradab. Lisa juga meletakkan Kate Middleton sebagai idolanya kerana beliau merupakan seorang yang cukup elegen sekali.