GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

IZARA AISHAH

Izara Aishah, gadis cantik rupawan kelahiran Bakar Batu, Johor Bharu yang berusia 25 tahun sering mewarnai kaca TV dan layar perak. Lakonannya menjadi dambaan ramai peminat sejak lakonannya menerusi drama Vanila Coklat. Kini, wajahnya sering menghiasi ruang hadapan majalah, duta produk dan terbaru beliau membintangi filem J Revolusi yang mendapat pujian ramai. Izara sering muncul tatkala dijemput ke majlis kota raya dengan tampil penuh eksklusif pasti mendapat jolokan mata yang memerhati. Izara mengemari jenama Farah Khan yang sinonim akan keselesaan pabila disarung  bahkan perincian jemeki yang disulam pada setiap rekaan tampak classy. Bila ditanya jenama antarabangsa kesukaan Izara, menjadi kegilaannya semestilah Chanel, Giuseooe Zanotti dan Saint Laurent!