GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

INDRA BALARATNAM

Pakar Pemakanan Johor ini begitu lancar berbicara mengenai diet dan menu makanan. Pernah muncul dengan buku resipi sendiri, Indra Balaratnam berkongsi pendapat mengenai kesihatan dan kehidupan seimbang. Be yourself, only better! Itulah pepatah resipi kejayaan wanita kacukan Ceylon dan Cina ini. Indra Balaratnam, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Berbicara tentang kesihatan, wanita ini bak ratu. Selain menulis buku masakan sendiri berjudul ‘Healthy Eating: Recepies for the Asia Palate’ pada 2004, anak kelahiran Johor Bahru ini turut tampil sebagai penceramah tetap di forum serta seminar kesihatan.