Haritni atau nama glamornya iaitu Tinie merupakan model tanah air yang amat terkenal dengan banyak memenangi anugerah model terbaik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang yang sangat disegani ramai. Pada Minggu Fesyen di Paris anjuran MiFA dimana beliau dipilih sebagai Model of the Year (2006, 2007, 2009), dan Asia Model Award, Tinie mengatakan betapa bahagianya beliau dapat menzahirkan cita-cita yakni melihat anak Melayu memegang piala yang indah ini.