Fasha Sandha pelakon popular tanah air yang berasal dari Johor Bahru telah pun menggenggam trofi Anugerah Skrin 2017 setelah 15 tahun berjuang dalam industry perfileman sebagai Pelakon wanita terbaik melalui lakonan mantapnya dalam drama Terima Kasih Ramadhan. Dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata, Fasha kini telah pun menjadi seorang ibu dan isteri yang berkerjaya. “Hidup saya amat ringkas tapi begitu bermakna..” katanya yang lebih senang meduduki di rumah dan meluangkan masa dengan anak dan suami. Antara impian Fasha adalah untuk mendaki Gunung Everest! yang bagi Fasha bukan satu perkara yang mustahil.