GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

CAREY NG

Shy yet cheeky, yakin lagi merendah diri! Kata-kata ini sesuai menghuraikan siapa diri Carey Ng Sue Mun, jelitawan kelahiran Kuala Lumpur yang meraih takhta Miss Malaysia Universe 2013 pada usia muda. Dengan menguasai empat Bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Kantonis dan Mandarin, wanita berbintang Scorpio ini berpendapat Miss Malaysia Universe adalah platform terbaik buat wanita muda mendapatkan pendedahan juga memperkasakan diri. Sebagai graduan seni bina dari University of Nottingham di United Kingdom, Carey ingin mendekati mangsa pasca bencana juga kemiskinan yang melanda dunia. Selain meminati seni, Carey juga meminati kecantikan. “Bagi saya, beautiful women didn’t earn their god-given looks. They are advantaged to persue harder on values, principles and character that matter”.