Titip Idea Dekorasi Segar Sempena kehidupan Baharu - Page 2 of 4 -
Titip Idea Dekorasi Segar Sempena kehidupan Baharu

Titip Idea Dekorasi Segar Sempena kehidupan Baharu

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Untuk Kamar Beradu: Reka Bentuk Mewah Lagi Romantis

Hiasi Kediaman Untuk Memulakan Bab Perkahwinan Anda

Bilik tidur direka dengan Dekton® Taga

Sama ada anda sudah dalam lama menjalin perhubungan dengan si dia dan sebaik mengatakan “I Do”, kamar tidur adalah spot istimewa yang kebanyakannya menjadi antara perkara yang paling penting dibualkan oleh bakal pengantin di awal perancangan perkahwinan. Di sinilah anda akan memulakan pagi anda dan mengakhiri malam anda bersama pasangan. Ia sepatutnya menjadi tempat yang tenang dan santai untuk anda berdua dan seharusnya menjadikan tempat perlindungan daripada kesibukkan dunia.

Memandangkan anda telah mendapat kunci rumah pertama kalian, tiba masanya untuk memikirkan bagaimana mahu menghiasi ruang istimewa ini dan cara mencapainya. Daripada mencipta bilik tidur lestari yang akan memberi rehat yang sempurna dari hari yang panjang di tempat kerja kepada mencipta ruang almari atau menggabungkan meja solek. Apatah lagi bilik mandi di bilik utama, reka bentuk yang hebat juga boleh membantu anda mencapai keperluan harian  dengan cekap serta memberi anda ruang untuk bersantai dan berehat selepas hari yang panjang. Sebagai contoh, mempunyai pencahayaan ambien dan reka bentuk yang cantik menggunakan permukaan Cosentino boleh membantu mewujudkan suasana santai dan seakan berada di spa betul-betul!

See also
Wajah Baharu Rozel Seremban

Hiasi Kediaman Untuk Memulakan Bab Perkahwinan Anda

Bilik mandi direka dengan Dekton® Helena

Dekton, permukaan ultrakompak daripada Cosentino boleh digabungkan ke dalam reka bentuk bilik tidur anda dan mudah digunakan dalam sebarang aplikasi untuk membantu mencapai bilik tidur impian anda. Menampilkan warna seperti Dekton Helena, penampilan lut sinar warna putih dan kelabu, rona ini diinspirasikan daripada batu semula jadi onyx. Permukaannya juga memberikan suasana yang menenangkan dan praktikal kerana ia tahan kotoran dan lembapan. Ia juga memudahkan anda untuk mengekalkan dan boleh disesuaikan dan dipasang ke dalam tab mandi mewah jika anda mengimpikannya!