Terokai 7 Menu Beridentitikan Asia Yang Menyelerakan Di Sunway Hotels & Resorts - Page 2 of 6 - Glam Malaysia

Terokai 7 Menu Beridentitikan Asia Yang Menyelerakan Di Sunway Hotels & Resorts

Baru-baru ini, Sunway Hotels & Resorts memperkenalkan 7 menu beridentitikan Asia yang menyelerakan dengan pelancaran Signature Dishes menampilkan tujuh (7) hidangan lazat dan kegemaran ramai secara a la carte yang dipersembahkan oleh ketua chef yang mewakili Sunway Hotels & Resorts di Malaysia, Cambodia dan Vietnam.

Mula tersedia dari pukul 11 pagi hingga 11 malam, kesemua 7 menu beridentiti dari segenap rantau ini dihidangkan di The Resort Café di Sunway Resort Hotel & Spa, Café West di Sunway Clio Hotel, Coffee House di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Sun Café di Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya, The Restaurant di Sunway Hotel Hanoi dan Sun Café di Sunway Hotel Phnom Penh.

'Kesemua hidangan yang diperkenalkan setiap seorang dari chef, disediakan dengan penuh perincian mengikut cara ia disediakan di negara masing-masing; memberikan mereka peluang untuk mempelajari tentang bahan-bahan, cara masakan, rasa dan persembahan. Kami terjua memperkenalkan hidangan-hidangan ini sebagai sebahagian dari komitmen jangka masa panjang dalam mencipta menu yang autentik dan sensasi untuk pengalaman menjamu selera para pengunjung", jelas Mr Colin Yeoh, Sunway Hotel & Resorts’ Group Director of Food & Beverage Operation.

Antara menu-menu hidangan beridentitikan Asia yang disediakan adalah:

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Nasi Lemak Udang Berlada -Chef Logaraj Danaraj dari Sunway Clio Hotel memperkenalkan Nasi Lemak Udang Berlada yang boleh dikategorikan menu kebangsaan Malaysia. Dihidang bersama sambal udang pedas dan dimasak bersama herba dan rempah segar, hidangan ini wajib anda cuba!