Let’s Add Colours, Pertandingan Mewarna Eksklusif Untuk Kanak-Kanak Hanya Di Sunway Putra Hotel

GLAM Junior, GLAM Plus

Let’s Add Colours, Pertandingan Mewarna Eksklusif Untuk Kanak-Kanak Hanya Di Sunway Putra Hotel

1484

Sunway Putra Hotel baru-baru ini mengumumkan akan menganjurkan pertandingan mewarna ‘Lets Add Calours’ yang bakal diadakan 28 September ini, dari pukul 1 tengahari hingga 2 petang, yang bakal berlangsung di Executive Lounge, Level 9 di Sunway Putra Hotel.

Untuk pengetahuan, bayaran pendaftaran hanya RM20 dikenakan untuk seorang kanak-kanak yang merangkumi buffet mini dan kit mewarna. Selain itu, bukan hanya sekadar mewarna tetapi turut diadakan pelbagai aktiviti lain seperti seni pasir, persembahan badut dan mainan-mainan menarik.

Hadiah yang ditawarkan adalah produk Smiggles eksklusif bernilai lebih dari RM300 untuk tempat pertama, seleksi buku bernilai lebih dari RM200 serta kit mewarna bernilai RM100. Yang menariknya, ibu bapa yang hadir membawa anak-anak mereka berpeluang untuk menyertai sesi cabutan bertuah di mana mereka berpeluang untuk memenangi penginapan 3 hari 2 malam di suite dengan 2 bilik tidur bernilai RM4200 (termasuk sarapan pagi).

Jadi apa lagi anda yang tunggu? Sertainya sekarang! Untuk info lanjut, layari laman web www.putrasunwayhotel.com atau hubungi 03-4040 9888.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *