Inovasi Pembersih Vakum Robotik Neatsvor Oleh A&S - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Inovasi Pembersih Vakum Robotik Neatsvor Oleh A&S

Penyedut hampagas sudah menjadi peralatan elektronik wajib ada dalam setiap isi rumah. Berikutan dengan permintaan tinggi, sebuah inovasi yang diterajui oleh Neatsvor dan A&S, sebuah jenama yang terkenal dengan produk kelengkapan rumah memperkenalkan rangakaian Pembersih Vakum Robotik Neatsvor yang boleh melakukan kerja-kerja seperti menyedut, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.

“Kami berbangga kerana diberi kesempatan untuk memperkenalkan A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor selepas kejayaannya di China dan beberapa negara lain. Kami percaya bahawa A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor akan menyenangkan kerja-kerja di rumah,” kata YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd, Malaysia.

A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, yang dilancarkan baru-bari, datang dalam dua model; A & S oleh Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot dan A & S oleh Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum. Kedua-duanya adalah pembersih vakum robot pelbagai fungsi yang sangat berkesan.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.