Hilary Duff Dedah Momen Intim Saat Melahirkan Anak Ketiga - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Hilary Duff Dedah Momen Intim Saat Melahirkan Anak Ketiga

Hilary Duff Dedah Momen Intim Saat Melahirkan Anak Ketiga

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Namun apabila kontraksi bermula, proses kelahiran berlaku dengan begitu pantas sehingga Luca hampir terlepas momen tersebut walaupun dia berada di dalam rumah ketika itu.

“Mujurlah Luca sempat muncul pada saat yang tepat, iaitu ketika saya sedang menarik keluar kepala bayi. Banks (anak kedua) menyertai kami tidak lama selepas itu,” katanya.

Luca merupakan anak sulungnya dengan bekas suami, Mike Comrie, manakala Banks dan Mae pula adalah hasil perkongsian hidupnya dengan Koma.

Duff sentiasa bersikap terbuka dengan anak-anaknya dan pernah berbual mengenai menstruasi dan proses kelahiran kepada Luca. Katanya, dia telah mempersiapkan mental anaknya itu dan memberitahunya tentang apa yang perlu dijangka sewaktu proses kelahiran Mae.