Persediaan Cantik Sebelum Perkahwinan
Gambar BUSTAMAM MOKHTAR/WHITE STUDIO
Usah biarkan kesilapan kecantikan dan tabiat buruk anda menjadi batu penghalang kepada penampilan sempurna di hari istimewa. Ketahui perkara yang harus dielak sebelum menanti hari bahagia!
Stick to one!
Jangan tukar regimen penjagaan kulit di saat majlis perkahwinan makin hampir. Jika mahu mengubah, anda perlu menukarnya beberapa bulan lebih awal kerana perubahan produk baru boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang akan mengambil masa untuk merawat seperti reaksi alahan dan kulit kering. Berkongsilah masalah serta kebimbangan kulit anda bersama doktor peribadi, sememangnya mereka mampu menangani setiap permasalahan sekali gus memastikan kulit anda lebih berseri-seri di hari persandingan nanti.
Kafein berlebihan
Kafein adalah perangsang terutamanya buat sistem saraf. Sebagai bakal pengantin, pastinya anda mempunyai pelbagai kebimbangan untuk difikirkan. Usah menambah tekanan yang tersedia ada. Tahukah anda, kafein memberi efek kepada kecantikan anda di hari bahagia? Caffeine is very dehydrating. Ia boleh menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata kerana minuman berkafein ini mengandungi gula tambahan yang berlebihan.
Latihan senaman baru
Kekalkan rutin senaman anda! Ini bukanlah masa yang sesuai buat gaya senaman baru. Kekejangan otot boleh mengambil masa berminggu untuk sembuh dan anda pastinya tidak mahu naik dan turn pelamin dalam keadaan sakit dan terhinjut-hinjut. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, pastikan anda sudah memulakan program kecergasan sebelum menempah busana. Jika anda mencari kaedah terbaik bagi melegakan tekanan pra-perkahwinan, cari teman untuk berjalan di taman. Ia dapat membantu mengurangkan tekanan.
Berjaga malam
Kekurangan tidur bakal memberi kesan kepada sistem imunasi badan. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, kecenderungan untuk dijangkiti virus adalah sangat tinggi. Rehat yang cukup boleh memperbaiki pelbagai masalah seperti kompleksi kulit, lingkaran bengkak sekitar mata serta ketenangan dan kesegaran minda.