"Not all big gowns are suitable for all shapes" - Nurita Harith

“Not all big gowns are suitable for all shapes” – Nurita Harith

Oleh: Yusairi Fitri
 
Nurita Harith
 
Persalinan serba minimal pada fabrik sifon warna polos rekaan Nurita adalah satu rekaan yang telah menjadi signaturenya. Kala ramai penggemar fesyen teruja dengan rekaan yang ekstravaganza dan over the top, Nurita Harith selesa untuk kekal dengan satu gaya tersendiri.
 
Di saat melakar sesuatu rekaan, anda sering mempertimbangkan…
Sentiasa berusaha ke arah konsep dan gaya baru tetapi aspek siluet tidak sekali diabaikan kerana ia masih mempunyai elemen keanggunan dan praktikal.
 
Signature Nurita Harith?
Ia sentiasa menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan mencabar kerana saya perlu mereka sesuatu busana yang kekal elemen signature Nurita Harith dan pada masa yang sama ia boleh digayakan untuk pengantin perempuan pada hari bahagianya. Saya sentiasa cuba untuk mengekalkan sculptural drapes dalam setiap koleksi supaya ia sarat dengan elemen feminin lantas menjadikan busana itu lebih elegan.
 
Idea anda untuk setiap jenis badan, dan mengapa?
Saya sentiasa mencadangkan gaun yang mempunyai bentuk. Tidak perlu terlalu ketat tetapi cukup sekadar memberikan cerminan bentuk dan siluet yang menarik. Perlu ingat, not all big gowns are suitable for all shapes.
 
Nasihat kepada bakal pengantin?
Jangan takut untuk berbelanja lebih buat busana pengantin kerana ia nyata menjadi sesuatu yang dikenang buat selama-lamanya. Pendapat dan pandangan dari kedua-dua pihak penting untuk memastikan gaun yang tepat dihasilkan buat bakal pengantin. Selain itu, penjagaan kesihatan terutamanya diet pemakanan penting dalam tempoh sebulan sebelum hari bahagia tiba. Kekalkan bentuk badan yang ideal dan elakkan tekanan. Of course having spanx would give that extra help too!
 
Fabrik terbaik untuk busana pengantin?
Kebanyakan fabrik memainkan peranan penting dalam konsep dan rekaan sesuatu busana serta pemilihan tema perkahwinan. Sifon terkenal dengan sifat feminin serta efek lembut manakala songket bertepatan dengan tema tradisional.
 
 

See also
10 Tip Rawatan Semulajadi Untuk Kecantikan