Pevita Pearce Bergelar Isteri Anak Pemilik Habib Jewels

GLAM Weddings: Kenali Suami Pevita Pearce, Anak Pemilik Habib Jewels

Aktres cantik dari Indonesia, Pevita Pearce telah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Mirzan Meer iaitu seorang ahli perniagaan, pada Ahad lalu.

Berita perkahwinan Pevita yang terkenal dengan watak Hayati melalui filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck mendapat perhatian umum antaranya disebabkan suaminya juga adalah anak kepada pemilik jenama barang kemas terkenal di Malaysia, Habib Jewels.

Pilihan hati Pevita Pearce

Mirzan Meer yang berusia 32 tahun merupakan anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Habib Group, Dato’ Sri Meer Sadik Habib dan anak sulung daripada tiga orang adik beradik.

Menerusi perkongsian di LinkedIn, Mirzan memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Time Zone, pengedar jam tangan di bawah syarikat Habib Group dan merupakan pengasas kepada Edunia Creative yang telah diusahakan sejak 5 tahun lalu.

Acara akad nikah dan resepsi perkahwinan Mirzan dan Pevita di Kuala Lumpur diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.

Menerusi hantaran di Instagram, Pevita berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat-peminatnya dengan menyarung busana pengantin berwarna putih ketika meraikan hari bahagia mereka.

See also
Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas

“Today, in the quiet of love, surrounded by those who mean the most, we became one,” tulisnya.

@pevpearce6♬ These Memories – Hollow Coves

Artikel Berkaitan: 5 Filem Hebat Lakonan Ario Bayu, Hero Gadis Kretek