10 Gaun Pengantin Ikonik Sepanjang Zaman

10 Gaun Pengantin Ikonik Sepanjang Zaman

Leretan gaun sambil menggengam erat bunga segar lalu alunan lagu romantis berkumandang dikala berjalan melewati para tetamu yang hadir ketika di hari persandingan. Bayangan sahaja sudah cukup indah! GLAM bawakan idea menarik yang boleh dijadikan inspirasi daripada koleksi ala wedding princess oleh sepuluh wanita ikonik sepanjang zaman ini.

10 of 10

Anne Hathaway

 

Foto: Meg Smith/WireImage

Mengahwini Adam Shulman dalam satu majlis outdoor bersaksikan matahari terbenam di Big Sur, California, Anne tampil klasik mengenakan gaun pengantin rekaan Valentino yang ditempah khas dengan kemasan renda bersulam halus bersama veil labuh serta headpiece vintaj.