GLAM Wedding: Keanggunan Puteri Gunung Ledang, Inspirasi Tyra Kamaruzzaman
Tyra Kamaruzzaman

GLAM Wedding: Keanggunan Puteri Gunung Ledang, Inspirasi Tyra Kamaruzzaman

Luar daripada kebiasaan, Tyra Kamaruzzaman dan Emran Rijal mengambil inspirasi perkahwinan daripada Puteri Gunung Ledang yang berunsurkan alam semula jadi. 

Bermula daripada rekaan busana yang oleh Emran Rijal, hingga ke dekorasi pelamin yang berinspirasikan melayu tradisional, impian perkahwinan Tyra Kamaruzzaman direalisasikan oleh sentuhan RekaTeemor, Ady Razak, Ckay Liow, Emri Vision dan Chelek / Raja Malek.

Keanggunan Puteri Gunung Ledang Menjadi Inspirasi Perkahwinan Tyra Kamaruzzaman

Buat yang berdarah manis mahupun bride-to-be, ikuti majlis perkahwinan Tyra Kamaruzzaman dan Emran Rijal yang boleh menjadi inspirasi buat perkahwinan anda.

Dekorasi Animatronik Rama-Rama

 

Tyra Kamaruzzaman

Inspirasi untuk dekorasi perkahwinan Tyra datang daripada filem Melayu kegemaran pasangan mempelai itu sendiri yakni Puteri Gunung Ledang. Tema untuk majlis resepsi sangat dipengaruhi oleh filem tersebut, pasangan itu mahukan sesuatu yang berbeza tetapi masih ingin mengekalkan unsur tradisional. Hiasan juga diilhamkan oleh alam semula jadi dan rama-rama menjadi pilihan kegemaran Tyra. “Terdapat animatronik rama-rama pada pelamin kami dan rama-rama digantung di sekeliling dewan, memberikan rasa seperti berada dalam kisah dongeng. Kami mahu suasana terasa berbeza dan diingati.” kongsi Tyra kepada GLAM.

See also
Momen Fesyen Indah Puan Sri Tiara Jacquelina

Jurusolek Pilihan

Tyra Kamaruzzaman

Solekan resepsi perkahwinannya, smokey eye berbalas kilauan glamor menjadi pilihan Tyra kerana ianya sesuai dengan tema perkahwinan dan penampilannya. “Untuk solekan, saya secara peribadi meminta sesuatu yang timeless dan berunsur alam kerana penampilan Puteri Gunung Ledang adalah sebegitu. Saya mahu kelihatan seperti diri saya sendiri semasa majlis perkahwinan, jadi saya tidak mahukan apa-apa yang keterlaluan untuk penampilan tersebut.” beritahu Tyra Kamaruzzaman. Penting pemilihan solekan resepsi kerana ia adalah untuk meningkatkan personaliti unggul seseorang.

Dandanan Rambut

Untuk inpirasi dandanan rambut, Puteri Gunung Ledang dikenali dengan rambut lurus dan licin yang dibelah tengah. Tyra berkonsi kepada GLAM bahawa mereka juga mempunyai aksesori yang dibuat oleh Chelek (Raja Malek), yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk kostum teater Puteri Gunung Ledang dan sebagainya. Beliau secara peribadi membuat aksesori berdasarkan renda dari busana Tyra.

Busana Perkahwinan Rekaan Emran Rijal

Apa yang menarik tentang busana perkahwinan Tyra ialah ianya merupakan busana pengantin pertama rekaan Emri Vision, yang kini suami kepada Tyra. Idea dan inspirasi diperolehi daripada filem teater dan sejarah Puteri Gunung Ledang. Setiap bahagian daripada busana ini memberi penghormatan kepada lagenda Puteri Gunung Ledang supaya tidak ditelan zaman.

See also
Palet - Trivia Warna Dark Choc

Sebagai contoh, skirt perkahwinan Tyra direka menyerupai daun. Daun telah digunakan oleh Puteri Gunung Ledang untuk menulis tujuh syaratnya. Selain itu, rona dan lukisan busana juga telah ditambah baik oleh idea Chelek, yang merupakan Pengarah Kreatif Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

 

Artikel berkaitan: GLAM Wedding: Afifah Nasir Merealisasikan Perkahwinan Idamannya