Selebriti Miliki Cahaya Mata Kembar

Selebriti Miliki Cahaya Mata Kembar

GLAM Junior edisi April 2015 menghimpunkan ibu-ibu muda yang punya cahaya mata kembar. Masing-masing ceritakan pengalaman serta berkongsi nasihat berguna buat ibu bayi kembar di luar sana. Lanjutan itu, ketahui pula selebriti Hollywood yang memiliki cahaya mata kembar.
 
1. Jennifer Lopez
 

"HOME" Los Angeles Premiere - ArrivalsGambar: TPGVIP

 
Maximilian David Muniz & Emme Maribel Muniz, pasangan kembar lelaki dan perempuan ini dilahirkan pada 22 Februari 2008.
 
2. Mariah Carey
 

MariahCareyGambar: Instagram Mariah Carey

 
Memasuki tahun ketiga perkahwinannya bersama Nick Cannon, penyanyi ini melahirkan pasangan kembar yang dinamakan Monroe Cannon dan Moroccan Scott Canon pada 30 April 2011.
 
3. Celine Dion
 
CelineDion

Gambar: Gala

 
Melangsungkan perkahwinan pada tahun 1994 bersama Rene Angelil, Celine Dion melahirkan anak kedua yang juga merupakan pasangan kembar pada 23 Oktober 2010. Dia menamakan anaknya Nelson Angelil sempena Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela manakala Eddy Angelil dinamakan sempena penulis lirik Algeria, Eddy Marnay.
 
4. Sarah Jessica Parker
 
Sarah Jessica Parker Out And About With Daughters

See also
Arloji Royal Oak Selfwinding Rainbow Berhias Permata Eksklusif

Gambar: TPGVIP

 
Menggunakan khidmat ibu tumpang, cahaya mata kembar perempuan aktres ini Marion Loretta Elwell Broderick dan Tabitha Hodge Broderick dilahirkan pada Jun 2009.
 
5. Angelina Jolie
 

Angelina Jolie and kids arriving at the Los Angeles International AirportGambar: TPGVIP

 
Knox Leon dan Vivienne Marcheline dilahirkan pada 12 Julai 2008. Gambar pertama pasangan kembar itu dijual kepada sebuah majalah dengan harga US$14 juta. Vivienne turut berlakon dalam filem Maleficent menerusi watak Puteri Aurora ketika kecil.
 
6. Julia Roberts
 

Exclusive... Julia Roberts Takes Her Children Grocery ShoppingGambar: TPGVIP

 
Cahaya mata sulung pelakon ini, Hazel dan Phinnaeus Moder dilahirkan pada 28 November 2004.