Blue Ivy Bakal Melancarkan Empayar Kecantikannya Sendiri - Glam Malaysia

Blue Ivy Bakal Melancarkan Empayar Kecantikannya Sendiri

A photo posted by Beyoncé (@beyonce) on

Blu Ivy Carter yang bakal menjadi seorang kakak kepada sepasang kembar selepas pengumuman besar yang dibuat oleh ibunya Beyoncé baru-baru ini juga nampaknya bakal melancarkan label kecantikannya tidak lama lagi dan gadis cilik ini baru sahaja berusia 5 tahun.

 

Menurut laporan Vanity Fair, Beyoncé  sudah pun mula merancang untuk mengeluarkan rangkaian produk kecantikan di bawah nama Blue Ivy dan dia juga sudah pun memohon untuk mampatenkan nama Blu Ivy supaya boleh digunakan secara ekslusif untuk produk-produk yang bakal dikeluarkan oleh Blue Ivy.

 

A photo posted by Beyoncé (@beyonce) on

Rangkaian yang bakal dikeluarkan ini menyasarkan kanak-kanak dalam lingkungan umur Blue Ivy dan ke atas.

 

Permohonan paten yang dibuat oleh Beyoncé turut merangkumi persembahan muzik, produksi filem dan juga kelab peminat.

 

Apa agaknya pendapat mogul kecantikan in-the-making ini jikalau diberi peluang untuk bersuara?

See also
Angelina Jolie Memukau Sepanjang Rangka Promosi Maleficent 2