Rona girang menjadi tarikan utama untuk si kecil menerusi rangkaian kasut Adidas Superstar Supercolor Pack hasil kolaborasi bersama bintang muzik terulung Pharrell Williams.
Sebanyak lima pilihan rona menjerit dalam koleksi ini cukup untuk membangkitkan keterujaan si junior bergaya bersama koleksi Superstar dewasa milik ibu bapa. Bold blue, lab green, kuning, merah serta merah jambu, ianya boleh didapati dari saiz bayi berharga RM160 hingga ke kanak-kanak dengan harga RM190.