Twenty~4 Pendamping Wanita Moden - Glam Malaysia
Twenty~4 Pendamping Wanita Moden 01

Twenty~4 Pendamping Wanita Moden

Dicitrakan pada tahun 1999, Twenty~4 merepresentasikan keanggunan feminin nan abadi. Didedikasikan buat wanita yang ingin mengimbangi gaya hidup aktif selari arus kemodenan masa kini. Lantas menjadi pendamping penuh bergaya buat mengisi setiap ruang saat bersama.

Hampir 20 tahun saat kemunculan perdana himpunan arloji Twenty~4® garapan Patek Philippe terus memancarkan sinar keanggunan femininnya. Dikonstruksi dalam versi emas merah serta keluli tahan karat yang dihiasi rincian dari berlian, ia adalah pelengkap persalinan yang sempurna. Pesonanya mengimbangi apa jua persalinan dari bergaya formal atau bernada kasual untuk liburan petang dan malam. Turut, terlihat sempurna melilit pergelangan tangan kala menyarungkan dress saat pemakainya menghadiri majlis Gala.

Twenty~4 Pendamping Wanita Moden 02

Beralih pada tahun 2018 menandakan pelancaran Twenty~4 Automatic, yakni model serba baru yang menawarkan nadi mekanikal automatik dengan rekaan casing berbentuk bulat. Susuk rekaannya yang terbias bernada kontemporari, tercipta dalam keluli atau emas merah dengan paparan laman dail dari pelbagai rona bagi mengiringi gaya hidup eklektik lagi bertenaga sepanjang masa.

See also
Libur - Kembara Eksotika ke Sri Lanka

Twenty~4 Pendamping Wanita Moden 05

Bingkisan terkini Twenty~4 Automatic tersedia dalam lima versi. Dua dalam konstruksi keluli dengan rincian bezel bertatahkan berlian. Kemudian, dua berkemasan material emas merah juga berpunya rincian bezel bertatahkan berlian dan satunya lagi membias seni ketukangan Haute Joaillerie dalam emas merah yang memaparkan berlian di sekujur tubuhnya. Teknik tetapan permata ‘Dentelle’ yakni gaya renda, menghasilkan konfigurasi dua baris batu berlian yang menyerlahkan sinarnya. Kesemua berlian merupakan gred teratas Wesselton yang dipotong rapi tanpa cela kepada piawaian tukang emas yang paling tepat.

Twenty~4 Pendamping Wanita Moden 04

Versi keluli dengan bezel set berlian tersedia dengan dail bergaya sunburst biru 7300/1200A atau kelabu 7300/1200A dengan gradasi hitam. Kesemua arloji ini berdegup nadi kaliber 324 S C, yang boleh dilihat menerusi bahagian belakang jam. Jam memaparkan jam, minit dan saat, serta tingkap tarikh dalam apertur kecil pada posisi jam 6. Himpunan Twenty~4® garapan Patek Philippe tersedia menerusi butik The Hour Glass.

Pautan berkaitan: Jejaka Horologi Terhangat