Use your ← → (arrow) keys to browse
Tambahan lagi, ketiga-tiga model ini disuntik kemasan serta warna yang terhasil dari inovasi berteknologi tinggi. Memperkemas susuk konstruksi di bahagian belakang, ketiga-tiga jam disempurnakan dengan caseback titanium yang membingkai kaca nilam. Terpamer sama ungkapan “Great Gardens of the World,” dari balik kaca nilam rona kelabu. Seperti yang dinyatakan, model Rado True Thinline ini bernadi mekanikal pergerakan automatik kreasi Rado. Kaliber R763 berasaskan ETA dengan rizab kuasa 80 jam melengkapi profilnya yang fenomenal.