Use your ← → (arrow) keys to browse
Rado kini memperhalusi ilhamnya dengan tiga model terbaru berbahan seramik dan titanium dalam saiz 40 mm yang runcing. True Great Gardens of the World, masing-masing dihiasi perincian hasil air tangan artisan buat perincian laman dailnya. Namun, kali ini setiap satu modelnya bernadi mekanikal automatik. Kesemua arloji berbalut keindahan alam ini dibentangkan dalam bahan seramik berteknologi tinggi; case, tali gelang dan crown. Secara tidak langsung, meneguhkan posisi Rado sebagai master of materials.