Use your ← → (arrow) keys to browse
FORMASI UNISEKS
Diproduksi dalam berbagai variasi, antaranya; keluli, emas kuning, emas merah dengan perincian butiran berlian. Barisan Pasha de Cartier merangkumi model yang memadukan elemen jauhari bersama ketukangan arloji nan unggul dalam versi skeleton. Dipersembah dengan dua saiz yakni 35mm dan 41mm, nukilan terbarunya hadir dengan sistem pertukaran tali jam QuickSwitch yang mudah untuk ditukar ganti tanpa menggunakan sebarang peralatan. Di samping itu, menampilkan permukaan belakang jam dari kristal nilam yang memaparkan komponen mekanikal automatik kaliber 1847 MC. Model ini juga disertakan rekaan crown terbaru bertatahkan batu nilam yang boleh dibuka lalu memaparkan ukiran initial dibawahnya.