Use your ← → (arrow) keys to browse
SINTESIS ULTIMAT ARLOJI JAUHARI
Himpunan Serpenti laksana Bvlgari bangkit kembali lantas diterjemahkan lebih menawan buat dipuja wanita tahun ini. Jam tangan bertali gelung ikonik Serpenti mewakili sintesis seni pertukangan arloji ilham jauhari. Ketiga-tiga model Serpenti Spiga terbaru ini digarap berlainan. Namun, masih memiliki kesamaan menerusi ukuran case 35mm beserta pola motif pada tali jam yang berĀbentuk empat persegi menyerong. Serpenti Spiga High Jewellery, dilapisi dengan emas putih 18K dengan taburan berlian di sekujur jam tangan. Sementara dua Serpenti lainnya, dilapisi emas merah 18K, juga ditaburi berlian di sekujur jam dari bezel sehingga pada gelang tali gelung Serpenti.