Speedmaster Generasi Baru Daripada Omega - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Speedmaster Generasi Baru Daripada Omega

Bertunjangkan sejarah pembuatan jam tangan ikonik dunia, Omega merai keunggulan rekaan timeless buat wanita menerusi Speedmaster terbaru.

 

Speedmaster terkenal dengan jam tangan kronograf berjiwa maskulin. Auranya terpancar pada reka bentuk yang sporty, kronograf dan dikuasakan oleh pergerakan berkaliber terkini. Pencinta horologi arif yang  Speedmaster hadir dalam saiz  berukuran 39mm, namun istimewa untuk 2017, Omega memperkenalkan Speedmaster yang dikurangkan saiznya kepada 38mm untuk lelaki dan wanita.

 

Ciri ketara yang penting buat Speedmaster generasi baru ini adalah pada bentuk bujur sub-dail yang diilhamkan daripada koleksi Omega De Ville. Bentuk seakan bulan sabit pula membiaskan logo Greek “Ω” Omega. Hadir dalam empat variasi yang berbeza, setiap jam tangan Speedmaster ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Idea bijaksana yang sentiasa mencuri tumpuan penggemarnya.

 

Trivia Speedmaster

 

• Model pertama Speedmaster diperkenalkan pada 1957, sebagai jam tangan dunia sukan perlumbaan dan kronograf selaku penjaga masa rasmi Sukan Olimpik.

 

• Nama Speedmaster telah dipilih berlandaskan bezel skala takimeter dan mengikut konvensyen Omega yang digunakan untuk model lain seperti Seamaster dan railmaster.

 

Model Speedmaster pertama CK 2915 juga dikenali sebagai ‘broad arrow’ yang direka oleh Swiss Claude Baillod dan sudah memaparkan beberapa model signatur seperti triple-register chronograph layout, penanda indeks yang berkontras tinggi dan kubah kristal Plexiglas.

 

Dail adalah satu contoh  keseimbangan sempurna dan perkadaran. Diameter case adalah 39mm.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Omega Speedmaster 38 mm (Ref: 324.30.38.50.03.001)

Hadir dengan aura paling sporty, jam tangan ini membiaskan sisi bergaya yang lebih maskulin. Dengan dail biru, diperindahkan lagi menerusi aluminium bezel biru gelap dan subdial serta penunjuk kronograf senada. Model ini adalah satu-satunya hadir dengan pergelangan tangan keluli tahan karat.