Buat tahun 2022, Breitling telah mereka semula bentuk jam tangan ikonik Navitimer Knoronografnya yang selama beberapa dekad menjadi instrumen tercanggih: yang pada asalnya direka untuk juruterbang syarikat penerbangan komersial pada awal 1950-an. Versi terbaru Navitimer B01 Chrono 41 dalam hijau mint dibina dari keluli dengan ketebalan 13.6mm lalu dikuasakan dengan mekanikal penggulungan automatik yang berpunya rizab kuasa sehingga 70 jam.